sebenarnya nak tengok yes man. tapi xde show untuk late night la pulak. kecewa la jugak.
bedtime story katanya bosan. maut, boleh download/tengok cd je kot. yang lain memang kurang berminat. jadi kami pilih tiren. sebab poster nampak horror. macam ada orang tengah mandikan mayat pastu ada pocong dah siap tunggu tepi pangkin bagi sokongan moral.
jalan ceritanya tipikal dan straight di mana pada 1/5 dari filem semua orang dah boleh agak siapa yang buat taik, siapa yang bunuh siapa yang dendam siapa yang pocong siapa yang serigala siapa yang vampire siapa yang aku tipu mana ada serigala tu cerita underworld yang belum tayang haha bwekk. shot dalam poster yang konon konon nampak horror tu memang lah betul konon konon sebab kau takkan jumpa pun adegan tu dalam filem ni. sungguh bedebah. berani kau!
intro filem telah berjaya membuatkan orang tertanya tanya, ni filem seram ke kelakar weh? sadis. 3 orang pelakon penceria yang bertugas sebagai pemandu teksi kot, memang kelakar dan buat kau eh aku menendang nendang kerusi depan sebab seat depan takada orang. eh tapi kau takyah la buat kalau depan tu ada orang macam orang belakang aku. bengkek betol. tau lawak pecah perut pun tapi kaki takyah excited sangat pun takpa kot. part seram memang seram dan macam biasa aku tutup muka dengan sweater untuk menghalang sebarang cahaya membias muka dan sound effect memang. memang taknak kalah. gadis gadis juga cun dan seksi tapi aku tak paham kenapa perempuan tu nak kencing di kawasan kubur. sabar ya kawan kawan. and aku rasa dia cut la part atas katil tu. haish. mana boleh macam ni. dan dialog dialog juga berbaur lucah dan mendalam. memalukan pun ada.
aku belajar benda baru. kebab daging = sate.
ok dah.
aku sarankan kalau nak tengok pergilah bersama rakan rakan kerana ianya sesuatu yang menyeronokkan dapat menjerit, menutup muka dan ketawa bersama.
thanx nilam sebab belanja tiket muvi. =)
*** aku tipu weh. tak bermati matian pun untuk thesis. ~_~ <- bergenang. *** eh ke tiren tu singkatan bagi maTI kemaREN?
Porsche Dealers In Arizona
1 day ago







